CUB PRIX
Khairi Asyraf Juara Cub Prix CP125!
Khairi Asyraf menjulang kejuaraan CP125 buat kali pertama dalam kariernya meskipun menamatkan perlumbaan pusingan ke-10 Cub Prix di Litar Batu Kawan di tempat keempat, ketinggalan 4.762 saat di belakang juara, rakan sepasukan, Fareez Afeez Abd Rahman.
Jetron Yamaha YY Pang Racing Team hampir mengulangi kejayaan mendominasi kedudukan podium selepas kali terakhir melakukannya pada pusingan kelima perlumbaan musim 2014, namun Haziq Hamdan menjadi penghalang hajat itu daripada terlaksana selepas dia pastikan kedudukan ketiga jadi miliknya selepas tempat kedua juga milik pelumba Jetron, Shafiq Ezzariq Saiful Nizam.
Khairi Asyraf muncul juara kategori CP125 selepas meraih 167 mata, berkelebihan 17 mata mengatasi pencabar terdekat yang juga rakan sepasukan di tangga kedua, Shafiq Ezzariq.
Pemenang Pusingan 10, CP125!?Md Fareez Afeez Abd Rahman?Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam?Md Haziq Md Hamdan#30TahunPETRONAScubprix #PETRONASmotorsports #PETRONAScubprix pic.twitter.com/uv2x0OuswB— Malaysian Cub Prix #CubPrixEraBaru ✊? (@msiancubprix) November 26, 2023
Must-Watch Video