Penganjuran Le Tour de Langkawi (LTDL) menjana impak ekonomi langsung dengan kehadiran peserta, pasukan sokongan, penganjur, dan pelancong domestik. Menurut data daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, acara seperti ini boleh menjana lebih RM20 juta dalam perbelanjaan domestik bagi setiapedisi melalui penginapan, makanan, pengangkutan dan perkhidmatan pelancongan tempatan. Kesan limpahan ini dirasai di bandar kecil, pekan dan kampungyang menjadi laluan acara ini.
LTDL membuka peluang pekerjaan sementara kepada lebih 1,000 individu setiap tahun merangkumi marshall, pasukan keselamatan, pemandu, katerer, jurubahasa, juruteknik basikal dan petugas media. Lebih 65 daripada perkhidmatan sokongan ini dibekalkan oleh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan seperti syarikat logistik, penyedia khemah, pembekal makanan, dan operator homestay. Ini meningkatkan perolehan harian dan memberi akses kepada kontrak baharu yang berpotensi menjadi langganan tetap.
LTDL bukan sekadar perlumbaan, tetapi platform promosi geo-ekonomi. Setiap peringkat (stage) merentasi negeri seperti Perlis, Pahang, Kelantan dan Johor akan memaparkan keunikan tempatan secara langsung kepada penonton antarabangsa melalui siaran media global. Lebih 2 juta penonton dari 120 negara menyaksikan acara ini menerusi siaran langsung dan dokumentari. Ini meningkatkan potensi pelaburan pelancongan di kawasan luar bandar yang selama ini kurang diterokai.
Data dari edisi terdahulu menunjukkan peningkatan mendadak jualan produk IKS seperti kerepek, batik, kraftangan dan air kelapa muda semasa minggu perlumbaan. Sebagai contoh, di peringkat akhir LTDL 2022 di Langkawi, jualan produk tempatan meningkat 200% berbanding hari biasa, menyumbang lebih RM500,000 dalam tempoh 3 hari perlumbaan. Promosi secara langsung ini membuka pasaran baharu dan peluang eksport bagi IKS yang berkualiti.
Menurut laporan dari Majlis Sukan Negara, acara seperti LTDL menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan sukan yang kini menjana lebih RM700juta setahun kepada ekonomi negara. LTDL menjadi antara platform utama membina imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan antarabangsa, di samping menaikkan minat anak muda dalam sukan berbasikal yangmenyokong industri tempatan dalam pembangunan sukan, pakaian, alat ganti dan perkhidmatan teknikal.
LTDL mendapat liputan luas oleh media antarabangsa seperti Eurosport, GCN dan media tempatan. Menurut analisis media dari edisi 2023, nilai liputan media antarabangsa yang diperoleh Malaysia melebihi RM45 juta dari segi media exposure value, yang bersamaan dengan kempen promosi pelancongan antarabangsa tanpa kos tunai langsung. Ini memberi manfaat besar kepada penjenamaan “Malaysia Truly Asia” dan mengekalkan Malaysia dalam radar pelancong dunia.
Data daripada Lembaga Pembangunan Langkawi menunjukkan hotel bajet, gerai makanan, pengusaha transport dan peniaga kecil mencatat peningkatan hasil sebanyak 40–70% semasa tempoh acara. Lebih 25,000 pelancong domestik dan antarabangsa direkodkan mengikuti LTDL secara fizikal setiap tahun, menjadikan acara ini antara pemangkin ekonomi mikro terbesar di kawasan-kawasan laluan.
Kesimpulannya, LTDL memberi Pulangan Pelaburan (ROI) yang Positif kepada Negara. Dengan anggaran kos penganjuran sekitar RM15–18juta setiap tahun, pulangan ekonomi langsung dan tidak langsung yang diperoleh melalui pelancongan, media, IKS dan penjanaan pekerjaan jauh melebihi kos tersebut. ROI bagi edisi 2022 dianggarkan melebihi 200 berdasarkan nilai perolehan pelancongan dan kontrak IKS, menjadikan LTDL antara pelaburan sosial-ekonomi yang paling menguntungkan dan lestari.
Disediakan oleh :
Ts Dr Hadafi Fitri Mohd Latip,
Pengarah Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan,
Pensyarah Kanan Sains Sukan
Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi
Universiti Teknologi Malaysia JB