Skip to main content

Sukan Lain

Kes doping: Hukuman juara muaythai negara diketahui minggu depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rafi-abd-manaf.jpg
Nasib juara muay thai kebangsaan, Muhammad Rafi Abd Manaf, akan diketahui Khamis depan apabila delegasi Persekutuan Muaythai Malaysia (PMM) menghadap Jawatankuasa Siasatan Persekutuan Muaythai Amatur Antarabangsa (IFMA) di Bangkok, Thailand, untuk dijatuhkan hukuman. 

Berdasarkan siasatan awal, Rafi dikesan mengambil pil perangsang seks yang mengandungi bahan terlarang jenis diuretics. 

PMM mengambil masa lebih enam bulan untuk menyelesaikan kes doping kerana tidak mempunyai pengalaman menanganinya. 

"Kami masih sangat baru tentang perkara-perkara seperti ini. Kami tidak pernah menguruskan kes doping dan disebabkan itu, kami terus meminta bantuan badan dunia untuk uruskan. 

"Ini sangat penting bagi kami kerana dia salah seorang juara kebangsaan yang mempunyai rekod kemenangan yang banyak di Malaysia.

"Saya berharap pihak jawatankuasa akan mengenakan hukuman yang setimpal untuk Rafi," Presiden PMM, Datuk Muhammad Shahnaz Azmi. 

Atlet kelahiran Kelantan itu diuji sebulan sebelum menyertai Sukan SEA Kuala Lumpur menerusi ujian yang dijalankan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS). 

Jika didapati sengaja mengambil bahan terbabit, dia berdepan pengantungan maksimum empat tahun. 

Advertisement

Must Watch Video