Astro menjalin kerjasama lebih kukuh bersama Fox Sports dengan melancarkan kempen interaktif "Scan, snap and win" untuk menawarkan perkhidmatan lebih baik.
Kempen yang dilancarkan itu juga bertujuan untuk mempengaruhi orang ramai bahawa Astro dan Fox Sports menyalurkan maklumat terbaik tentang sukan teras seperti tenis, bola sepak dan sukan permotoran.
Naib Presiden Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay, mahu mengambil peluang ini untuk meluaskan pengaruh kepada peminat-peminat sukan tanah air.
"Biarpun musim bola sepak telah berakhir, kami berkerjasama untuk memberi kesedaran bahawa masih banyak acara dipertontonkan dalam semua kandungan sukan di saluran sukan Astro, sebagai contoh Tenis Wimbledon, begitu juga dengan Formula 1 dan MotoGP," katanya.
"Scan, snap and win" ini terbuka kepada orang ramai untuk menyertainya selain mengambil peluang memenangi hadiah utama yang ditawarkan setiap hari sehingga 31 Julai depan.
Orang ramai hanya perlu mencari kod QR yang disediakan di 100 kereta di bawah perkhidmatan Grab dan papan di beberapa pusat membeli belah untuk menyertainya.
"Jika anda bertuah, terdapat televisyen untuk dimenangi setiap hari. Jadi, untuk tempoh enam minggu, setiap hari terdapat televisyen untuk dimenangi.
"Kami menjalankan promosi ini di beberapa tempat, termasuk pusat membeli-belah di Pulau Pinang, Johor Bahru dan semestinya di Kuala Lumpur," kata Pengarah Pemasaran Fox Sports, Penny Tan.