Dalam Kejohanan Dancesport Asia Tenggara WDSF yang kini berlangsung serentak dengan dua lagi kejohanan peringkat Asia di Ho Chi Minh, Vietnam.
Penari negara, Ooi Ken Vin dan Zoe Tan meraih dua pingat perak selepas mempamerkan kemahiran dan seni luar biasa kategori rumba dan jive, mengalahkan beberapa pasangan berpengalaman dari tuan rumah Vietnam, Kemboja dan Filipina.
Ken Vin dan Zoe yang turut bertanding dalam acara latin Asia Tenggara, menduduki tempat keempat sekali gus menewaskan pasangan nombor satu dari Filipina yang memiliki ranking dunia lebih tinggi.

Pencapaian signifikan di pentas antarabangsa itu menonjolkan dedikasi dan latihan rapi yang dijalani oleh mereka dibawah kendalian jurulatih MyDancesport Academy.
"Semalam kami meraih dua pingat perak, untuk pertandingan kali ini kami berasa gembira kerana dapat mewakili Malaysia, kami juga berterima kasih kepada jurulatih yang membantu kami menghadapi cabaran." katanya.