Skip to main content

Sukan SEA

Kemenangan di Vietnam jadi amaran Sara

sara-yap.jpg
Atlet taekwondo negara, Sara Yap, memberi amaran untuk mempertahankan pingat emas acara poomsae individu Sukan SEA Filipina, November depan selepas menjuarai Kejohanan Terbuka Asia di Vietnam, Jumaat lalu.

Ia menjadi kejayaan yang cukup penting buatnya selepas meraih emas pertamanya tahun ini bagi saingan poomsae individu tatkala ia juga petanda penting menjelang Sukan SEA di Filipina.

"Dalam saingan di Vietnam, banyak wakil dari Asia Tenggara yang mengambil bahagian. Antara yang turut terlibat adalah atlet individu wanita dari Filipina serta pemenang emas Sukan Asia 2018, iaitu Defia Rosmaniar dari Indonesia. 

"Jadi, kemenangan ini sangat penting kerana saya berjaya menewaskan mereka. Sasaran kami adalah mengatasi mereka," ujarnya.

Sedar dengan peluang cerah untuk mempertahankan emas Sukan SEA yang diraih di Kuala Lumpur sebelum ini, Sara memberitahu dia bakal menjalani latihan dengan jurulatih dari Korea Selatan memandangkan tiada lagi kejohanan yang disertai selepas ini sebelum saingan di Filipina, November depan.

"Buat masa sekarang, kami akan ke Korea Selatan atau menerima bekas atlet dari sana untuk membantu kami. Sebelum ini, individu tersebut telah membantu saya meraih gangsa dalam Sukan Asia."

 

Advertisement

Must Watch Video