Filipina memberi jaminan bahawa kemelut dalaman Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) tidak akan menjejaskan persiapan mereka sebagai tuan rumah Sukan SEA, November depan.
Perkara itu disahkan Chef-de-Mission (CDM) negara, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, yang mengadakan lawatan ke negara itu baru-baru lalu.
Kemelut itu timbul selepas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, mengarahkan untuk Presiden PHISGOC, Alan Peter Cayetano, digantikan gara-gara isu rasuah.
Menurut Megat Zulkarnain, Filipina akan mengadakan pemilihan bagi menggantikan Cayetano hujung bulan ini dan ia dijamin tidak akan menganggu urusan penganjuran Sukan SEA.
"Sesiapa yang menjadi presiden, kita tahu akan ada pertembungan di situ dan tidak akan mengganggu perjalanan atau urusan penganjuran PHISGOC.
"CEO (Ketua Pegawai Ekeskutif) PHISGOC berkata ia tidak akan menjadi kesan.
"Itulah yang dimaklumkan kepada kami," katanya.
CDM negara itu turut menjelaskan tiada masalah yang membelenggu tuan rumah itu kecuali penyediaan makanan halal di Manila.
"Semua atlet yang akan bertanding di Subic akan duduk di perkampungan sukan.
"Di situ tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal. Kafeterianya dibuka 24 jam.
"Makanan halalnya juga mendapat pengesahan daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," tambahnya.
Sementara itu, peninju negara, Arfiqanie Ahmad Anshori, bersedia untuk menggalas tanggungjawab dalam kategori baru, iaitu 60 kilogram.
Sebelum ini, peninju berusia 23 tahun itu beraksi dalam kategori 56 kilogram, namun sering dikecewakan oleh peninju Thailand, terutama dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Singapura 2015.
Dia kini menjadi sandaran untuk meraih pingat selepas R. Indran membuat keputusan meninggalkan skuad kebangsaan.
"Memang saya tidak nampak sebab saya dah pergi dan negara yang kuat seperti Filipina dan Thailand pun mereka bertukar-tukar (peninju).
"Ia mungkin mengelirukan jugalah kerana saya tidak nampak yang betul-betul (pesaing).
"Dalam acara 56 kilogram itu, saya dah kenal lawan saya.
"Dalam 60 kilogram ini, mereka mengeluarkan peninju baru," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, tekong skuad sepak takraw wanita negara, Alice Harun, mengakui perlu menggandakan usahanya dalam latihan gara-gara kekurangan kejohanan di luar negara.
"Kekurangan perlawanan ini, kita tidak tahu apa kelemahan dan kekurangan kita.
"Kami juga tidak dapat mengetahui strategi lawan.
"Lagi satu, kami sekarang ni ramai muka-muka baru, jadi cabaran lagi sukar buat kami," katanya.