Skip to main content

Sukan SEA

Kem sepak takraw giat bentuk keserasian

abdul-talib-ahmad.jpg
Skuad sepak takraw negara berada di landasan yang tepat bagi mempertahankan pingat emas dalam Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 November hingga 11 Disember depan apabila mempunyai perancangan rapi untuk berada di tahap terbaik.

Sebelum ini, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dilanda kemelut apabila bekas pemain negara, Syahir Rosdi dan Zulkifli Abdul Razak, memilih untuk bersara akibat pertelingkahan dengan badan induk itu.

Bagaimanapun, ketua jurulatih negara, Abdul Talib Ahmad, percaya dengan persiapan yang bakal diharungi skuad kendaliannya, ia sudah cukup untuk mereka berada di tahap terbaik menjelang temasya dwitahunan itu.

"Kami akan beraksi dalam Kejohanan Piala Raja Thai (dari 25 Ogos hingga 1 September di Bangkok, Thailand) yang merupakan kejohanan kedua terbesar kami tahun ini.

"Saya mahu menilai kemampuan pemain memandangkan Sukan SEA 2019 semakin hampir," katanya ketika ditemui di Bukit Jalil, hari ini. 

Tambahnya, keserasian antara pemain semakin meningkat walaupun hanya berbaki empat bulan lagi untuk menghadapi temasya edisi ke-30 itu.

"Pemain menunjukkan semangat untuk mewakili negara cukup tinggi," katanya lagi. 

Hanya empat acara sepak takraw dipertandingkan dalam Sukan SEA kali ini, iaitu melibatkan acara beregu lelaki berpasukan, regu lelaki, regu lelaki berpasukan dan gelung.

Advertisement

Must Watch Video