Hari pertama kem elit NJDP menyajikan cabaran besar buat semua peserta apabila mereka perlu menghadapi antara lapangan golf tersukar di Malaysia iaitu di Sabah Golf & Country Club (SGCC) di Kota Kinabalu, hari ini.
Mereka memulakan pagi dengan latihan di 'driving range' sebelum beraksi menentang sesama sendiri dalam simulasi pertandingan 18 lubang bermula tengah hari tadi.
Pengurus SGCC, Lee Chee Hoong, menyifatkan perkara ini dapat memberikan peluang buat semua peserta merasai sendiri pengalaman dilalui oleh pemain profesional yang juga sukar untuk menakluk lapangan seperti ini.
"Untuk pemain, ini merupakan lapangan yang sukar di Malaysia, pemain profesional turut menjelaskan ia sangat mencabar dan menyasarkan keputusan yang terbaik kerana di sini sangat mencabar. Ia pendedahan yang baik buat pemain junior." katanya.
Kem latihan ini turut diserikan dengan bakat baru Sabah yang baru sebulan diserap masuk ke dalam skuad elit remaja negara, Jamie Tan Huan Ying, yang sudahpun memberi impak dengan menjuarai Kejohanan Terbuka Amatur SGCC ke-35, Ahad lalu.
Jamie menjelaskan ia satu permulaan yang sangat mengujakan buat kariernya menjelang kejayaan lebih besar lagi di masa hadapan.
"Tahun lalu saya dapat tawaran daripada NGDP, jadi saya terima kerana mahukan pendedahan daripada pemain lebih baik untuk raih pengalaman berharga. Terima kasih kepada keluarga yang banyak menyokong saya." tambahnya.
Jamie yang ketika ini menjadikan pemain profesional LPGA, Lee Min Jee dan Lydia Koh sebagai idola, menyasarkan untuk beraksi di kejohanan besar seperti Maybank Championship suatu hari nanti.