Selepas wujudnya kem Elit Golf National Junior Development Programme (NJDP) sejak 2023, kali ini buat julung kalinya ia dilangsungkan luar semenanjung Malaysia iaitu di Kota Kinabalu, Sabah.
Ini merupakan kolaborasi Persatuan Golf Malaysia (MGA) bersama Persatuan Golf Sabah (SGA) dengan 25 pemain remaja elit NJDP berkampung bersama 13 pemain remaja Sabah dalam satu kem latihan intensif.
Dalam pada itu, Pengarah Program NJDP, Fauzi Mesran, berpendapat ini merupakan usaha MGA dalam menyediakan platform bukan sahaja kepada bakat di semenanjung, malah kepada di luar semenanjung juga.
"Kami berharap program yang akan kami lancarkan ini akan dapat memberikan motivasi buat pemain semangat, lebih fokus dan motivasi buat pemain junior Sabah untuk memberikan mereka arah tujuan mana mereka bermain golf.
"Kem tiga hari ini pemain kebangsaan elit ini akan bersama-sama pemain Sabah akan bersama-sama bermain dan berlatih untuk memberikan suntikan semangat buat mereka mengikut jejak langkah pemain elit ini," katanya.
Malah, Presiden SGA, Nash Hon, sangat mengalu-alukan inisiatif seperti ini di Sabah yang memberi pendedahan besar buat pemain remaja di negeri itu sendiri untuk cuba merebut tempat dalam NJDP.
"Terdapat banyak pemain berbakat di Sabah akan menerima pendedahan. Kami mengalu-alukan program elit ini di Sabah sebagai inisiatif memngembangkan kemjuan golf di Sabah." tambahnya.