HOKI
Kelayakan Sukan Olimpik: Harapan Faizal Saari masih bernyala
Faizal Saari masih ada harapan untuk mengerahkan kudratnya walaupun tercicir dalam senarai 18 pemain dalam kunjungan ke Muscat, Oman.
The Speedy Tigers berdepan tugas getir untuk mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik Paris melalui Kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik, 15 Januari ini.
Begitupun, pengurus skuad, Datuk Mirnawan Nawawi, berhubung ketiadaan pemain yang diketepikan daripada skuad akhir yang diumumkan hari ini.
Iklan
Tetapi bekas kapten kebangsaan itu beranggapan peluang memperkuatkan The Speedy Tigers belum tertutup sepenuhnya.
Ini berikutan skuad negara dibenarkan melakukan sebarang pertukaran kepada senarai akhir pemain ketika mesyuarat pengurus pasukan bertanding, iaitu sebelum Sabtu depan.
"Mereka harus meneruskan latihan dan harus pastikan berada di tahap terbaik kerana apa-apa pun boleh berlaku.
"Jadi kami masih lagi boleh memanggil di Kuala Lumpur untuk ke Oman untuk menggantikan pemain yang cedera," katanya di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.
Skuad negara berlepas ke Oman pada Khamis depan 11 Januari dan dijadual bertemu Kanada sehari kemudian, disusuli pertemuan menentang Chile pada 13 Januari.
Jika ada sebarang pemain yang tercedera maka kemungkinan khidmat Faizal akan ditagih.
Must-Watch Video