Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Kelayakan Sukan Olimpik: Atlet olahraga berdepan misi mustahil

khairul-hafiz-jantan.jpg
Skuad olahraga negara berdepan tugas getir untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) menetapkan had kelayakan lebih tinggi yang dianggap mustahil untuk dilepasi mana-mana atlet negara ini.

Ia bermakna atlet negara perlu mempamerkan prestasi menakjubkan sepanjang tahun ini untuk layak ke Tokyo 2020.

Had kelayakan bagi acara 100 meter kini ialah 10.05 saat bagi kategori lelaki, sekali gus memaksa Khairul Hafiz Jantan dan rakan-rakan untuk bukan sahaja memecahkan rekod kebangsaan tetapi perlu melakukan catatan yang menghampiri 10 saat.

Setakat ini, hanya pelari dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri Lalu Ahmad Yani, yang sudah melepasi had kelayakan itu.

Dalam acara lompat tinggi, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh perlu melepasi had ketinggian 2.33m berbanding rekod kebangsaan 2.30m milik Nauraj.

Ia bukan sahaja menyukarkan atlet negara bahkan atlet dari seluruh dunia memandangkan IAAF mahu meningkatkan kualiti sukan olahraga.

Sebagai rekod, dalam temasya Rio 2016, skuad olahraga diwakili Nauraj Singh dan Zaidatul Husniah Zulkifli.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video