Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menuntut magis daripada Institut Sukan Negara (ISN) bagi mempercepatkan proses pemulihan penjaga gol utama, S. Kumar, yang dilihat cukup penting untuk membantu kempen Malaysia dalam kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ketiadaan Kumar cukup memberi kesan kepada gawang Malaysia apabila kerap dibolosi dengan mudah, khususnya membabitkan perlawanan penting seperti aksi perlawanan akhir Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019 menentang Kanada kelmarin`1 dan juga di peringkat kumpulan ketika menentang Itali.
Justeru, KHM memohon ISN supaya menggunakan teknologi sains sukan bagi mempercepatkan proses pemulihan Kumar agar khidmatnya dapat digunakan menjelang latihan intensif di Eropah, Julai depan.
Kumar sebelum ini terpaksa disisihkan pada saat-saat akhir ekoran mengalami kecederaan terkoyak otot paha.
"Hairi Abdul Rahman dan Hafizuddin Othman telah melaksanakan tugas mereka tetapi kami merindui dan masih memerlukan khidmat Kumar.
"Saya telah bermesyuarat dengan ISN dan Majlis Sukan Negara (MSN), pagi tadi, untuk memohon perhatian dan bantuan terperinci daripada mereka agar S. Kumar dapat pulih secepat mungkin.
"Kami mahu memastikan agar dia dapat kembali menjalani latihan bulan depan," kata Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal.
Menyedari jentera serangan Malaysia tumpul ketika kempen Akhir Siri FIH yang menjadi punca kegagalan The Malaysian Hockey Tigers, KHM juga bercadang untuk membawa seorang lagi pakar dari Australia, Jamie Dwyer, untuk memantapkan jentera serangan menjelang aksi kelayakan Sukan Olimpik.
Malaysia pernah membawa dua pakar, Taeke Taekema, untuk menajamkan pukulan sudut penalti selain Martin Drijver bagi melatih penjaga gol.
"Saya telah berbincang dengan jurulatih, Roelant Oltmans, dan beliau telah memaklumkan kepada Dwyer dan kami menantikan persetujuannya dalam tempoh seminggu ini.
"Saya juga telah berbincang dengan ISN tentang perkara ini dan ia kelihatan bagus.
"Kami mahu mendapatkan sentuhannya dan kalau boleh, saya mahu dia hadir bermula hujung bulan ini," ujarnya.
Skuad kebangsaan akan ke Eropah untuk mengharungi kempen perlawanan ujian menentang Jerman, Sepanyol, England, Belanda dan Belgium di samping Korea Selatan.