Skip to main content

Sukan Lain

Kelayakan Sukan Komanwel: Erry sasar emas di Singapura

erry-hidayat.jpg
Erry Hidayat kini dalam persiapan terakhir menjelang kejohanan kelayakan Sukan Komanwel yang dijadualkan berlangsung di Singapura, dari 23 hingga 28 Februari ini.

Atlet berusia 23 tahun itu yang beraksi dalam kategori 73kg perlu menamatkan saingan di ranking kelapan keseluruhan sekiranya berhasrat mengikut jejak langkah Aznil Bidin dan Aniq Kasdan yang sudah menempah tiket ke Birmingham.

"Saya akan cuba dapatkan emas dan layak ke Birmingham pada tahun ini," katanya di MSN Bukit Jalil hari ini.

Erry sebelum ini terlepas peluang untuk layak secara automatik selepas menamatkan saingan di Uzbekistan, Disember lalu, dengan pingat perak. 

Justeru, dia lekas mempersiapkan diri untuk menebus peluang mengharumkan nama negara pada minggu depan. 

"Saya sudah menjalani persiapan selama dua bulan, semuanya berjalan lancar.

"Dengan latihan keras, pasti ada sedikit kecederaan ringan yang dihadapi.

"Sudah tentu ada tekanan kerana bermacam tanggungjawab yang perlu digalas terutama Sukan Komanwel dan Sukan SEA memandangkan kami adalah sandaran pingat," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video