Skip to main content

Sukan Lain

Kelab Koryo dominasi saingan Taekwondo Remaja

taekwondoremaja-060517.jpg
Kelab Taekwondo Koryo muncul juara selepas memungut 12 pingat emas dan 43 pingat keseluruhannya dalam Kejohanan Taekwondo Remaja Nestle Koko Krunch Ke-12, hari ini.

Kejohanan yang mendapat sambutan penyertaan sebanyak 2,000 peserta dari Malaysia dan Singapura itu sekali lagi dikuasai Kelab Koryo yang cemerlang menerusi penyertaan mereka dalam edisi kali ini.

Selain mendominasi kutipan emas, pencapaian terbaik peserta menerusi kategori usia antara 7-9 dan 10-12 tahun yang turut didominasi oleh wakil Kelab Koryo.

"Tadi saya berdepan perlawanan yang sukar, tapi saya terus mencuba kerana saya yakin boleh menang sambil menerima sokongan daripada rakan-rakan," kata peserta terbaik lelaki 7-9 tahun, Ainol Sufi Reduwan.

Peserta terbaik wanita 7-9 tahun, Vanessa Laveenia Axton, berterima kasih kepada jurulatih dan ibubapanya yang telah banyak memberi tunjuk ajar.

"Saya tidak tahu sejauh mana prestasi saya, namun saya berasakan telah melakukan dengan baik."

Sementara itu, satu-satunya wakil dari Singapura yang berjaya meraih emas dalam kategori welter bagi 10-12 tahun, Gleb Chaykun, berjaya memecah dominasi Koryo.

Kejohanan Taekwondo Remaja kini menjadi acara tahunan kalendar Taekwondo Malaysia (WTF).




 

Advertisement

Must Watch Video