Skip to main content

Sukan Lain

Kejuaraan Silat Asia: Khairul Shaddad tuai emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

silat.jpg
Sejarah baru buat pesilat negara, Muhammad Khairul Shaddad, yang berjaya menuai emas pertamanya di Kejuaraan Asia selepas empat kali mencuba. 

Ini merupakan tonik terbaik buat dirinya untuk teruskan momentum sedia ada menjelang Sukan SEA Thailand akhir tahun ini.

Seorang lagi pesilat, Mohd Abdul Latiff Maxzakir turut berjaya membawa pulang emas pertama dalam kariernya kategori silat olahraga Kelas H Putra.

Lebih membanggakan apabila Latiff melakukannya dalam keadaan dirinya tidak berada di tahap kecergasan terbaiknya dengan risiko yang diambil dianggap berbaloi.

Baru sahaja menyertai kejohanan besar buat kali kedua, namun pesilat muda ini sudah tunjukkan prestasi membanggakan di pentas dunia.

Itu kisah Ummi Mashitah Hassan, yang berjaya muncul satu-satunya pesilat wanita kategori silat olahraga yang meraih emas di Kejuaraan Asia kali ini.

Bagi Ummi, momentum sedia ada itu akan dia tingkatkan lagi demi kariernya sekaligus mengekalkan tempatnya sebagai pesilat utama kebangsaan.
 

Advertisement

Must Watch Video