Skip to main content

Permotoran

Kejuaraan MiniGP: Pentas akar umbi sukan permotoran negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

393236264_360368736337171_8151231152946467230_n.jpg
Pengurus Kejuaraan MiniGP SIC, Zulfahmi Khairuddin, optimis lebih ramai bakat muda dunia permotoran mampu dilahirkan menerusi program akar umbi yang diperkenalkan.

Kejuaraan MiniGP SIC adalah inisiatif antara Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan ZK Racing untuk program pembangunan akar umbi 2 roda untuk kanak-kanak berusia 8 hingga 14 tahun. 

Program tersebut memberikan peluang untuk membangunkan pelumba muda Malaysia untuk menjadi pelumba Kejohanan Dunia pada masa akan datang.

Mencari bakat baru dunia permotoran dijadikan sebagai matlamat utama, serta meningkatkan lagi komuniti dunia permotoran di Malaysia.

Pengurus kejuaraan MIniGP, Zulfahmi Khairuddin, berkata, "Penganjuran kejohanan yang dimulakan pada tahun 2020. Ia menjadi platfom buat kanak-kanak berusia seawal lapan tahun mula menceburi bidang permotoran," katanya menerusi Nadi Weekend.

"Sebelum mereka dibenarkan berlumba, mereka telah menjalani sesi latihan terlebih dahulu dan sukan permotoran ini mula menjadi tarikan utama anak-anak muda."

Selepas membuat penyertaan dalam saingan Kejohanan Dunia MiniGP FIM 2022 di Valencia, Sepanyol, Malaysia telah memperoleh pencapaian yang membanggakan menerusi Qabil Irfan apabila berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan dalam kedudukan kejuaraan pelumba.

Advertisement

Must Watch Video