Rafael Nadal menikmati kejayaan menumbangkan Nick Kyrgios dalam aksi penuh mencabar di Gelanggang Tengah, Kejohanan Tenis Wimbledon, awal pagi tadi.
Pemain Australia, Kyrgios, sebelum ini menyifatkan seteru dari Sepanyol itu sebagai "amat menjengkelkan" dan menambah rencah itu dalam perlawanan pusingan kedua, awal pagi tadi, yang menyaksikan kedua-dua pemain kerap kali dikecewakan.
Kyrgios hilang sabar dengan pengadil, Damien Dumusois, hingga terlibat dengan pertengkaran panjang yang bermula dengan aduannya mengenai Nadal mencuri terlalu banyak masa di antara setiap mata.
Dia kemudian menyifatkan pegawai itu sebagai "memalukan".
Juara dua kali, Nadal, bagaimanapun memenangi perlawanan 6-3, 3-6, 7-6, 7-6 sebelum dilihat meraikannya secara berlebihan.
Dia mengikuti jejak Roger Federer yang meraih kemenangan 6-1, 7-6, 6-2 ke atas pemain Britain, Jay Clarke, untuk melangkah ke pusingan 32.
Pemain Jepun, Kei Nishikori, pula menumbangkan satu lagi permain Britain, Cameron Norrie, menerusi kemenangan bersih 6-4, 6-4, 6-0 manakala wakil Itali, Matteo Berrettini dan Fabio Fognini, turut meneruskan kemaraan.
Pemain pilihan kesembilan dari Amerika Syarikat, John Isner, tersingkir selepas tewas dalam aksi lima set kepada wakil Kazakhstan, Mikhail Kukushkin, dan bekas finalis, Marin Cilic, turut terkandas selepas tewas kepada pemain Portugal, Joao Sousa.