TENIS
Kejohanan Wimbledon: Mungkin takdir saya belum sedia julang grand slam -- Jabeur
Ons Jabeur menyifatkannya sebagai belum bersedia untuk merangkul grand slam selepas tewas tiga set kepada Elena Rybakina dalam perlawanan akhir Kejohanan Tenis Wimbledon.
Pemain nombor dua dunia dari Tunisia itu memenangi 'game' pertama dalam penentuan gelaran berkenaan, awal pagi tadi, tetapi harapannya kian pudar sebelum tumbang 3-6, 6-2, 6-2.
Pemain kelahiran Russia, Rybakina -- yang bertukar kerakyatan kepada Kazakhstan empat tahun lalu selepas ditawarkan insentif kewangan untuk berbuat demikian -- pula melakar kejutan untuk meraih gelaran slam sulungnya.
Iklan
Justeru, Jabeur kecewa apabila memberitahu sidang akhbar: "Tidak banyak yang mampu saya lakukan, saya benar-benar sudah mencuba segala yang terdaya.
“Saya mengerahkan kudrat sejak awal tahun untuk benar-benar bersedia menghadapi kejohanan ini, malah gambar trofi kejohanan ini ada di dalam telefon saya.
"Ia tidak sepatutnya berlaku. Saya tidak boleh terlalu mendesak. Saya mungkin belum bersedia untuk ditabalkan sebagai juara grand slam."
6 - The Women's Singles title in #Wimbledon has been won by a different player in the last 6 seasons for the first time in the Open Era (S. Williams, G. Muguruza, A. Kerber, S. Halep, A. Barty and Elena #Rybakina in 2022). Competition.@WTA @WTA_insider #Wimbledon2022 pic.twitter.com/Kn4gZL8SzE— OptaAce (@OptaAce) July 9, 2022
Pemain berusia 27 tahun itu, bagaimanapun, tetap optimis dengan peluangnya untuk mencipta kejayaan di peringkat tertinggi dan peluang terdekat menerusi Terbuka Amerika Syarikat (AS), September depan.
Dia berkata: "Saya tidak sabar untuk menantikan kejohanan yang seterusnya.
"Jika saya mempunyai satu lagi perlawanan akhir, saya akan belajar lebih banyak daripadanya. Saya tidak sabar untuk memperbaiki banyak perkara dalam permainan saya.
"Saya mahu kekal sebagai pemain lima terbaik, saya mahu memenangi lebih banyak kejuaraan, saya mahu memenangi grand slam."
Must-Watch Video