Novak Djokovic mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Wimbledon, namun Kyle Edmund dan Stanislas Wawrinka terkandas dalam saingan awal pagi tadi.
Denis Kudla mencuri tumpuan penonton dari Gelanggang Tengah menerusi aksi cemerlang dan variasi pukulan ke arah juara bertahan, Novak Djokovic, namun jaguh Serbia itu mudah menakluki pemain Amerika Syarikat (AS) kelahiran Ukraine itu dengan kemenangan 6-3, 6-2, 6-2.
Edmund, bagaimanapun, tidak memperoleh tuah sama dalam aksi terdahulu di Gelanggang Tengah apabila melepaskan pendahuluan dua set sebelum tewas 6-4, 6-4, 6-7, 3-6, 4-6 kepada Fernando Verdasco.
Kejutan lebih besar belaku di Gelanggang No.2 apabila Wawrinka tewas mengejut kepada pemain muda AS, Reilly Opelka.
Kevin Anderson mengatasi Janko Tipsarevic manakala pemain remaja, Felix Auger-Aliassime -- pilihan ke-19 kejohanan -- menyingkirkan Corentin Moutet dalam aksi empat set.
Pemain pilihan ke-10, Karen Khachanov, pula mengatasi permulaan hambarnya untuk menumbangkan juara Kejohanan Queen, Feliciano Lopez, 4-6, 6-4, 7-5, 6-4.
Selain itu, pemain pilihan seperti Milos Raonic, David Goffin, Roberto Bautista Agut dan Benoit Paire, turut melangkah ke pusingan ketiga.