Dengan tempoh masa selama dua tahun bergelar pasangan dalam tari latin, pasangan Ooi Ken Vin dan Zoe Tan Zi, mengakui masih banyak aspek yang perlu diperbaiki bagi memantapkan prestasi semasa mereka.
Dua tahun mengajar, Ken Vin dan Zoe, kini ke arah yang lebih matang apatah lagi mereka bakal bersaing buat pertama kali di pentas Kejohanan WDSF Asia dalam kategori dewasa.
Bandar Ho Ci Minh bakal menjadi saksi penguasaan tarian Ken Vin dan Zoe yang tidak teragak agak mensasarkan pentas podium walaupun ini merupakan penampilan kali pertama mereka.
"Pertama sekali pembentukan sebagai pasangan tidak mudah pada mulanya kerana kita perlu mengenali satu sama lain dan karekter serta mahu bekerjasama, berkomunikasi antara kami," katanya.
Sementara itu, dua penari ini yang juga bergelar pelajar universiti, berdepan kekangan masa untuk membahagikan sesi latihan.
"Persediaan kami setiap minggu sangat konsisten, kami lakukan lima hari seminggu dengan tiga hingga lima jam.
"Antara cabaran kami adalah kami telah mula pelajaran, jadual yang padat tetapi kami tetap mengatus masa untuk berlatih setiap hari." tambahnya.