TENIS
Kejohanan Tenis Kuala Lumpur ROG: Kehebatan pemain cilik semakin menyerlah
Kejohanan Tenis Kuala Lumpur ROG Zon Tengah menghimpunkan pemain cilik terbaik berumur 8 hingga 10 tahun bagi merebut tiga slot yang ditawarkan untuk beraksi di kejohanan kebangsaan.
Edisi pertama ini melibatkan 72 pemain dari Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak yang bersemangat untuk mengintai slot podium.
Selain zon tengah, terdapat lima lagi zon yang dipertandingkan di seluruh negara sebelum tiga pemain dari setiap kategori umur melengkapkan senarai peserta kejohanan kebangsaan tahun ini.
Iklan
Perlawanan paling sengit melibatkan aksi akhir kategori bawah 10 tahun, di mana perseteruan dua sahabat baik di luar gelanggang dimenangi oleh Syed Johan Alexander yang berjaya menundukkan Umar Kasturi selepas tewas dalam dua pertemuan sebelum ini.
"Saya rasa saya bermain dengan cukup baik, mungkin di set pertama saya agak tegang tetapi di set kedua saya peroleh ketenangan."
"Keluarga saya tidak menekan saya, mereka beri saya kebebasan membuat pilihan untuk diri sendiri, dan saya berharap suatu hari nanti akan menjadi Juara Dunia," kata Alexander.
Must-Watch Video