Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) bersedia untuk mengharungi tahun 2020 dengan memilih pasukan terbaik untuk mewakili negara dalam Kejohanan Silat Dunia di Kuching, Sarawak, Julai depan.
Bagi memastikan Malaysia memiliki pesilat terbaik dalam kejohanan itu, skuad negara akan mengadakan pertarungan setiap bulan bagi menilai prestasi setiap atlet.
"Setakat perbincangan awal, kami mendapat sokongan yang cukup baik daripada Kerajaan Negeri Sarawak," kata Setiausaha Agung PESAKA, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, dalam satu sidang media di Hotel Sany, Kuala Lumpur hari ini.
"Kami masih ada tujuh bulan dan akan menamakan atlet secepat mungkin.
"Mereka akan menyertai MSN (Majlis Sukan Negara) dan kami akan menekan mereka untuk mendapatkan keputusan terbaik.
"Tiada ruang untuk tidak mempamerkan prestasi terbaik kerana kita adalah tuan rumah," katanya.
Beliau menambah PESAKA tidak akan teragak-agak untuk menggugurkan mana-mana pesilat yang dilihat tidak berada dalam prestasi terbaik.
"Kami akan menilai prestasi atlet dari semasa ke semasa," tambahnya.
Pesilat negara pula tidak gentar dengan cabaran itu dan semakin bersemangat untuk membuktikan keupayaan bagi mempertahankan tempat mereka dalam kem negara.
"Saya akan menebus kembali kekalahan saya pada 2018," kata bekas juara dunia, Al Juferi Jamari.
"Insya-Allah, saya akan kembali ke prestasi sebenar dalam tujuh bulan ini kerana kecederaan saya juga sudah tidak ada yang serius.
"Jadi, tiada alasan untuk saya tidak mendapatkan pingat emas," katanya.
"Setiap bulan akan ada perlawanan, jadi saya rasa ia idea yang bagus," tambah seorang lagi pesilat negara, Siti Rahmah Nasir, pula.
"Ia untuk memastikan kami sentiasa berada di landasan tepat sehingga Julai nanti.
"Kita akan melihatnya kemudian," katanya lagi.
Editor: Muzaffar Musa