Jaguh silat negara, Al Jufferi Jamari, menutup karier gemilangnya selama 15 tahun di pentas antarabangsa dengan gelaran juara dunia buat kali keempat.
Selepas sekian lama memartabatkan sukan warisan bangsa itu, pesilat berusia 30 tahun itu akhirnya boleh mengucapkan selamat tinggal kepada gelanggang elit dengan gelaran terakhir.
Bertemu wakil Indonesia, Iqbal Chandra Pratama -- pertemuan ketiga sesama meraka -- membuka lembaran berbeza kali ini, di mana Al Jufferi turun ke gelanggang dengan pelbagai siri kecederaan serius.
Kehampaannnya dalam Sukan SEA Hanoi lalu -- kandas dalam separuh akhir --ditebus dengan kemenangan 35-21 ke atas Iqbal Chandra Pratama dan di sebalik kelincahan pemenang empat emas Sukan SEA itu, sumber kekuatannya datang daripada orang tersayang.
Impak positif itu mendorongnya untuk memperagakan kesenian silat terbaik sepanjang kariernya, sekali gus melupakan kesakitan di bahu kanannya yang masih belum pulih sepenuhnya.
"Kali ini saya sudah ada anak dan seperti anda dapat lihat tadi, anak saya dapat turun dan dia sebenarnya mahu rasa gelanggang itu," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Karl Nunis.
"Sejak dari hari pertama lagi dia mahu ke gelanggang tetapi tidak boleh dan hari ini, mungkin diizinkan jadi saya membawanya.
"Alhamdulillah, ini merupakan kenangan yang paling manis buat saya.
"Sebenarnya, apabila saya berkahwin dan mempunyai anak, saya mahu anak saya melihat dan faham kejayaan saya dan Alhamdulillah, selama beberapa tahun ini saya bertahan, daripada kecil saya sudah mendidiknya untuk faham apa itu silat, akhirnya hari ini dia faham.
"Jadi, Alhamdulillah, kemenangan kali ini juga menyaksikan saya dapat meraikan anak saya yang sudah faham apa keinginann bapanya," katanya.