Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Renang Kebangsaan: Xin Lin, Zi Xian pecah rekod kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rekod.jpg
Perenang negara, Chong Xin Lin, mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 200m dalam acara kuak lentang wanita apabila mencatat masa 2.13.61 saat dalam Kejohanan Renang Jarak Pendek Kebangsaan, hari ini.

Rekod tersebut turut memperbaharui catatan masa lamanya, 2.19.18 saat yang diciptanya sebelum ini dalam peringkat kelayakan. 

"Saya tidak menjangkakan dapat memecahkan rekod kebangsaan dan meraih pingat emas, saya cuba berikan yang terbaik dan akhirnya saya berjaya melakukannya." katanya.

Sementara itu, Khew Zi Xian, pula turut memecahkan rekod kebangsaan dalam kategori 100m gaya bebas wanita dengan catatan 56.99 meter. 

"Saya berasa sangat gembira dan berpuas hati kerana telah memecahkan rekod.

"Saya berlatih keras untuk mendapatkan keputusan ini dan berikan yang terbaik semestinya." katanya.

Satu lagi rekod berjaya dileburkan Terence Ng Shin Jian apabila mencatat masa 55.49 saat dalam kategori 100 m rampaian individu sekaligus memadam rekod lalunya iaitu 55.95 saat. 

Advertisement

Must Watch Video