Impian menyaksikan kelibat ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, beraksi di tempat sendiri buat kali pertama tahun ini tidak kesampaian apabila dia menarik diri daripada Kejohanan Olahraga Terbuka Selangor di Universiti Malaya, bermula Sabtu ini.
Peminat perlu menunggu lebih lama untuk melihat aksi Zaidatul, dengan pemegang rekod 100 meter kebangsaan itu masih belum beraksi di tempat sendiri sejak memecah rekod kebangsaan dengan catatan 11.45 saat di Afrika Selatan, Mac lalu.
"Dalam Terbuka Selangor ini, saya tidak terlibat dengan mana-mana acara. Sekarang ini, menurut jurulatih, kami teruskan latihan kerana sudah banyak saya terlibat dalam kejohanan di Afrika Selatan.
"Jadi buat masa sekarang saya hanya fokus kepada latihan," kata pelari kelahiran Pulau Pinang itu.
Selain Zaidatul, beberapa pelari pecut wanita seperti S.Komalam Shally, Siti Fatimah Mohamad dan Nurul Faizah Asma Mazlan turut menarik diri.
Bagi acara riben biru itu, tumpuan lebih terarah kepada juara Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG), Badrul Hisyam Abdul Manap, yang akan turun memburu kejuaraan 100 dan 200m lelaki.
Zaidatul Husniah Zulkifli
Umur : 24 Tahun
Catatan terkini
Kejohanan Speed Series 3: 11.98s
Kejohanan Speed Series 2: 11.45s (rekod baru kebangsaan)
Kejohanan Olahraga Liga AGN: 11.36s (bantuan angin)