Meski pun mendapat perkhabaran berita dari Bangkok yang rakan sepasukan Johan Ghazali tewas di pentas One Championship, ia tidak memudarkan semangat petinju muaythai Malaysia yang sedang bertanding di Kejohanan Muaythai Senior Dunia di Patras, Greece apabila mereka berjaya membawa pulang dua emas, dua perak dan satu gangsa dalam kejohanan edisi 2024 yang berlangsung dari 31 Mei hingga 10 Jun 2024.
Yan Jia Chi juara dunia bertahan kategori seni Wai Kru tidak menghampakan kem negara apabila sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di peringkat akhir. Walaupun dikejutkan pada pusingan awal apabila tewas kepada wakil Filipina. Angie yang ditentang sengit sepanjang semua pusingan awal oleh atlet Filipina itu terus mempamerkan aksi terbaik pada pusingan akhir dengan kutipan mata 9.45 sekaligus mengekalkan gelaran dunia dalam edisi 2024. Angie juga merupakan Juara Dunia 2023, Juara World Cup Muaythai 2023 dan Juara World Combat Games, Riyard 2023.
Asyraf Danial yang juga pemenang pingat emas kejohanan dunia 2023 dalam kategori duo Mai Muay berpasangan dengan Dariss Muzammil tampil dengan persembahan solo kali ini dalam kategori seni Wai Kru terus cemerlang menyumbang pingat emas untuk negara dengan menewaskan peserta dari Filipina diperingkat akhir dengan kutipan mata keseluruhan 9.26 berbanding 9.20 yang dikutip L.J. Rafael Nasay.
Satu lagi pingat Perak dihasilkan oleh Myra Arina Roslan yang berpasangan dengan Jezzevelle Myora dalam kategori seni duo Mai Muay yang menunjukkan prestasi lebih cemerlang dalam kejohanan dunia kali ini selepas kalah tipis kepada pasangan dari Filipina Alyssa Kaylie dan Rhicien Yosorez.
Dalam kategori combat pula Damia Husna berjaya mara ke pusingan akhir setelah berjaya menewaskan atlet Arab Saudi dipusingan pertama dan atlet Kazakhstan di separuh akhir dengan mata kemenangan 3-0. Cukup membanggakan Damia berjaya memberikan saingan sengit disetiap pusingan menentang Juara Dunia Kalthoum Akhlouf dari Marocco sebelum kalah 3-0 dan sekaligus merangkul pingat Perak dalam kategori U23 48kg wanita. Ini adalah pingat pertama untuk Damia diperingkat dunia setelah didedahkan Persatuan Muaythai Malaysia pada edisi 2022 di Abu Dhabi dan di Kejohanan Muaythai remaja dunia.
Manakala atlet wanita Nur Amisha gagal mempertahankan kejuaraan beliau dalam Kategori U23 51kg Wanita pada kali ini setelah ditewaskan oleh atlit Russia dalam pusingan separuh akhir dan sekali gus merangkul pingat gangsa pada edisi kali ini.
Secara keseluruhan Malaysia mendapat ranking tempat ke 11 dari 93 negara yang bertanding dalam kejohanan dunia edisi 2024.