SUKAN LAIN
Kejohanan Motorcross Malaysia: MMC sedia perancangan rapi bagi musim 2024
Selepas menerima respon positif bagi penganjuran Kejohanan Motorcross Malaysia dua kali berturut-turut, penganjur kejohanan iaitu, Malaysia Motocross Champion (MMC) sedia memperkenalkan kategori baru pada tahun depan.
Sudah pasti kategori baru itu bakal menyajikan saingan sengit selepas menerima hampir 400 penyertaan pada tahun ini sejak pusingan pertama hingga pusingan akhir yang bakal berlangsung pada 15 hingga 17 Disember ini di Johor Bahru.
"Kita akan tambah satu kategori baru yang dipanggil 'Invitation' dimana peserta dari luar negara dialu-alukan untuk bersaing dengan pelumba domestik. Anjuran kita dapat sokongan dari pihak KBS dan pelancongan Malaysia," ujar Hazlanshah Noor, Naib Presiden Malaysia Motocross Champion menerusi Nadi Arena.
Must-Watch Video