Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Kejohanan Menembak Terbuka Selangor ditunda

menembak.jpg
Kejohanan Menembak Terbuka Selangor, yang sepatutnya bermula Selasa ini, terpaksa ditunda ke bulan depan ekoran masalah teknikal di Lapang Sasar Subang, sekali gus memaksa penembak negara seperti Mohd Ezuan Nasir Khan, menunggu lebih lama.

Kelmarin, Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) mengumumkan bahawa kejohanan itu terpaksa ditunda.

Ia berpunca daripada masalah tempat simpanan senjata api selepas venue itu mendapat lampu hijau daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk beroperasi semula.

"Kami terpaksa mematuhi undang-undang dan peraturan serta SOP (prosedur operasi standard) daripada Bukit Aman sebab ini melibatkan Akta Senjata Api, jadi kami terpaksa ikut dan tidak boleh buat main perkara ini.

"Memang kami agak lemau (bosan) kerana dah lama sangat tidak ada kejohanan, namun kami hanya mampu menunggu dan berdoa sehingga diberikan kelulusan untuk menganjurkan kejohanan," kata Ezuan.

Kejohanan itu merupakan medan pemilihan buat penembak negara yang akan menyertai Kejohanan Asia Tenggara di Indonesia, Ogos depan.

Skuad negara ketika ini sedang mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan peluang paling cerah menerusi penembak acara pistol, Johnathan Wong dan Alia Sazana Azahari.

Advertisement

Must Watch Video