Skip to main content

Tenis

Kejohanan Lelaki AS: Garin rangkul kejuaraan ATP pertama

christiangarin.jpg
Christian Garin meraikan kejayan merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Jelajah Persatuan Tenis Profesional (ATP) pertamanya selepas menewaskan Casper Ruud dalam final Kejohanan Tenis Gelanggang Tanah Liat Lelaki AS, hari ini.  

Pemain Chile, Garin, meraih kejuaraan pertamanya itu selepas melakar kemenangan 7-6, 4-6, 6-3 di Houston.

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi pemain Chile pertama meraih kejuaraan ATP bagi acara perseorangan sejak Fernando Gonzalez melakukannya pada 2009.

"Ia merupakan perlawanan yang amat sengit hari ini.

"Saya berasakan telah beraksi baik dengan mengekalkan corak permainan sepanjang perlawanan.

"Sudah pasti saya kini mahukan lebih lagi.

"Jadi, saya akan terus bekerja keras dan meningkatkan tahap permainan saya," katanya selepas menamatkan aksi final selama dua jam 29 minit itu.

Advertisement

Must Watch Video