Pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy, berdepan cabaran untuk mengatasi pencapaian terbaiknya dalam Kejohanan Laser Dunia di Australia minggu depan.
Jaguh negara itu berlepas ke Melbourne selepas menyelesaikan masalah visanya semalam.
Pencapaian terbaiknya dalam Kejohanan Dunia ialah menduduki tempat ke-55 acara laser standard di Sakai Minaro, Jepun tahun lalu.
Pelayar berusia 27 tahun itu bukan saja mahu memperbaiki pencapaiannya, malah turut memburu tiket ke perlumbaan merebut pingat emas buat kali pertama dalam sejarah.
Jika berjaya, ia akan jadi pembakar semangat terbaiknya menjelang Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.
"Kalau boleh dalam kelompok 30 atau 40 terbaik.
"Sebab kalau tengok kepada keadaan angin, ia masih tidak memihak saya.
"Angin kuat dan ombak besar. Kami memang kurang pendedahan dengan angin seperti itu.
"Saya harap dapat menyesuaikan diri dan dapat belayar dengan baik," katanya.
Khairulnizam, yang sudah layak ke Sukan Olimpik Tokyo, meluahkan kelegaannya apabila masalah visanya diselesaikan dengan bantuan Majlis Sukan Negara (MSN).
"Kami perlu merangka pelan B di mana kami perlu berlatih di tempat lain.
"Bagi saya, ia tidak praktikal kerana Kejohanan Dunia ini amat mustahak sebagai persediaan untuk ke Sukan Olimpik.
"Saya berharap untuk mendapatkan visa dan Alhamdulillah, ia dapat diselesaikan.
"Motivasi sekarang ini agak tinggi.
"Apa yang penting, saya perlu buat yang terbaik pada hari kejohanan," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa