Rachel Arnold bermandi peluh sebelum berjaya menundukkan juara bertahan Kejohanan Skuasy Kebangsaan, S. Sivasangari, dengan lima set, sebentar tadi.
Perlawanan separuh akhir di Arena Skuasy Nicol David itu penuh mendebarkan apabila juara bertahan, Sivasangari, dan Rachel mempamerkan corak permainan pantas dan seimbang.
Namun, di penghujung set pertama, Rachel tampak dominan untuk memenanginya 11-9.
Sivasangari tidak mudah mengaku kalah apabila bangkit menyamakan kedudukan dengan kemenangan 11-7 dalam set kedua.
Kebangkitan Sivasangari berterusan dalam set ketiga apabila saingan berjaya diheret ke deuce apabila masing-masing terikat 10-10.
Namun, sayang ia tidak dapat ditamatkan dengan kemenangan, sebaliknya Rachel bijak mengambil peluang pintas dengan keputusan 15-13.
Aksi menarik terus dipamerkan oleh kedua-dua pemain apabila Sivasangari kembali menyamakan kedudukan dengan kemenangan 13-11.
Dalam set terakhir, Rachel, yang ternyata berada di tahap lebih baik sementara Sivasangari mula kepenatan, hanya memerlukan enam minit dalam set kelima untuk menang 11-3, sekali gus mara ke final.
Bagi saingan lelaki, Ng Eain Yow menepati ramalan apabila melangkah ke final selepas menewaskan Addeen Idraki straight set 3-0.
Eain Yow menguasai sepenuhnya permainan apabila hanya memerlukan 10 minit dalam set pertama untuk mudah di depan 11-6.
Memasuki set kedua, skrip seakan-akan sama berlaku apabila sekali lagi mudah buat pemain di ranking ke-38 itu di depan dengan keputusan 11-5.
Addeen cuba memberikan tentangan sebaik set ketiga bermula, namun ketangkasan dan pengalaman Eain Yow sukar ditandinginya, menyebabkan Addeen terpaksa akur dengan kekalahan 2-11.
Atlet berusia 21 tahun itu bakal berentap dengan juara bertahan, Ivan Yuen, yang turut berjaya melepasi saingan separuh akhir menundukkan Darren Rahul 3-0.