SUKAN LAIN
Kejohanan Kebangsaaan: Safiyah akhiri penantian 10 tahun
Penantian 10 tahun Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman untuk meraih gelaran juara berakhir selepas menewaskan Natasha Roslan dalam saingan step-ladder Kejohanan Boling Kebangsaan di Sunway Megalanes, sebentar tadi.
Pemain yang mewakili Selangor itu mengungguli kategori wanita selepas menang mudah ke atas rakan senegerinya, Natasha, 200-177.
Kemenangan itu membolehkan pemain berusia 29 tahun berkenaan meraih gelaran kedua selepas kali terakhir menjuarainya pada 2009.
Iklan
"Saya tidak dapat momentum.
"Contohnya, selepas tiga strike, saya akan split di lorong yang sama.
"Saya rasa lorong itu agak susah tetapi nasib baik dalam frame terakhir saya hanya memerlukan spare atau strike.
"Jadi, Alhamdulillah, saya dapat," katanya.
Sementara itu, dalam kategori lelaki, Tun Hakim Tun Hasnul Azam merangkul gelaran kebangsaan pertamanya selepas menewaskan Ahmad Muaz Fishol 258-194.
Sebelum itu, wakil Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) berkenaan menyingkirkan wakil Kedah, Wan Muhammad Naqib Norazizan, sebelum ke final step-ladder.
"Dalam frame kelapan atau kesembilan, saya cuba melakukan perubahan besar dan ia berjaya, Alhamdulillah.
"Frame kesembilan dan ke-10 melayakkan saya ke final dengan menewaskan Muaz.
"Selepas main dengan Muaz itu, saya sedar saya perlu kekal tenang dan memberikan balingan yang baik.
"Saya hanya cuba berfikiran positif dan mendengar arahan jurulatih.
"Alhamdulillah, ia menjadi," katanya.
Must-Watch Video