Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Individu Asia: Nafiizwan, Wee Wern harapan negara

maniam.jpg
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar S. Maniam, meletakkan harapan tinggi kepada dua pemain skuasy negara, Nafiizwan Adnan dan Low Wee Wern, dalam Kejohanan Skuasy Individu Asia 2019 yang bermula 1 Mei ini.

Ia bakal menjadi laluan sukar buat pemain yang kini berada di ranking ke 40 dunia itu selepas berkemungkinan berhadapan dengan wakil dari India di kedudukan ke-10 dunia, Saurav Ghosal, dalam saingan separuh akhir nanti.

Bagaimanapun, Nafiizwan mempunyai peluang cerah untuk mengulangi sejarah menewaskan Saurav seperti dalam Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia di Perancis 2017.

"Terdapat peluang untuk Nafiizwan melakar kejutan mengatasi Gourav yang berada di rangking ke-10 dunia," kata Maniam.

Sementara itu, pemain harapan wanita negara, Wee Wern, perlu melepasi pemain ranking ke 10 dunia, Annie Au, bagi merebut gelaran juara Kejohanan Individu Asia kali ini.

Ini merupakan peluang buat Wee Wern untuk bangkit menewaskan wakil Hong Kong itu selepas tewas 2-1 dalam Terbuka Macau dua minggu lalu.

"Wee Wern berada di tahap terbaik untuk mempamerkan persembahan yang cemerlang buat Malaysia dalam saingan kali ini," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video