Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Individu Asia: Eain Yow mampu ke separuh akhir

eainyow.jpg
Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow, optimis mampu mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Individu Asia 2019 selepas mendapat 'bye' dalam pusingan pertama.

Eain Yow mahu mengambil peluang menonjolkan prestasi cemerlang di laman sendiri, apatah lagi dengan kelebihan terus mara ke pusingan kedua dalam kejohanan yang bakal berlangsung 1 Mei ini.

Pemain yang kini berada di ranking ke-37 dunia itu menganggap wakil Hong Kong, Max Lee, sebagai penghalang buatnya mencapai sasaran dalam saingan kali ini. 

"Saya mahu memberikan tumpuan kepada setiap perlawanan dan berharap melangkah ke separuh akhir," katanya.

Sementara itu, pemain skuasy wanita negara, Aifa Azman, yang perlu berhadapan dengan pemain senior, mahu menjadikan kejohanan ini sebagai landasan meningkatkan momentum dan prestasinya. 

Kejayaan Aifa dalam Anugerah Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia MSSM-Milo 2018 meyakinkannya untuk berhadapan dengan pemain remaja Iran, Fereshteh Dabiri, dalam pusingan kedua. 

"Saya memberikan tumpuan kepada saingan skuasy bagi meningkatkan lagi ranking dengan menyertai lebih banyak kejohanan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video