Skip to main content

Sukan

Kejohanan Hoki Dalam Air Asia-Oceania: Skuad hoki dalam air B-19 negara muncul naib juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kid.jpg
Skuad hoki dalam air negara B-19 tahun muncul naib juara pada Kejohanan Hoki Dalam Air Asia-Ocenia 2025 dengan kejayaan itu dikecapi selepas aksi final menentang pasukan China yang menyaksikan pasukan negara tewas 2-4.

Ketua pasukan negara, Tee Yan Bin tetap bangga dengan pencapaian yang diraih pasukannya meskipun sekadar meraih pingat perak. Pada aksi kumpulan sebelum ini, skuad negara tewas kepada lawan yang sama dengan jaringan 2-6.

Yan Bin percaya dia dan rakan sepasukan telah mengikuti segala taktikal dan perancangan yang telah diterapkan oleh jurulatih. Tetapi keampuhan benteng pertahan China dan kelincahan bahagian serangan menggagalkan hasrat skuad negara cipta kemenangan.

Menurut Yan Bin, "Tetap berpuas hati dengan prestasi pasukan, namun China pamer aksi lebih baik. Tahap kecergasan dan pengalaman yang dimiliki China kunci utama kejayaan mereka"

Tambahnya, "Pergerakkan pemain mereka yang lincah memudahkan mereka untuk mematahkan serangan kami" ketika ditemu bual oleh wartawan, Faizal Bazari.

Advertisement

Must Watch Video