Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Hoki Dalam Air Asia-Oceania: Skuad B-19 negara mara ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

air-hoki.jpg
Skuad hoki dalam air B-19 negara berjaya mengesahkan slot ke separuh akhir Kejohanan Hoki Dalam Air Asia-Oceania selepas menundukkan thailand 1-0 hari ini.

Perlawanan berintensiti tinggi itu menyaksikan skuad negara bijak mematahkan strategi Thailand, dengan meletakkan seorang pemain pertahanan sebagai penjaga gol sekaligus memperoleh jaringan awal dalam babak pertama.

Wakil negara itu mengubah taktikal kepada corak permainan bertahan bagi memastikan kemenangan tidak lepas dari genggaman mereka.

"Thailand sangat laju dan memiliki fizikal yang baik berbanding wakil negara, mereka mencuba menekan kami tetapi kami bertahan hingga berjaya.

"Sekarang kami sudah mara ke separuh akhir dan selepas itu kami di landasan terbaik untuk raih emas," kata ketua jurulatih negara, Wong Hou Yi.

Sementara itu, prestasi skuad B-15 Malaysia dilihat berkembang baik apabila hanya tewas tipis 1-2 ketika menentang China.

Ia sekaligus menandakan masa depan cerah kem hoki dalam air belia negara, yang berpotensi untuk lebih menyerlah di masa hadapan sebaik melangkah memasuki kategori senior.

"Untuk kejohanan seterusnya saya sasarkan kami boleh meraih podium." tambah kapten B-15 negara, Ho Winston.

Advertisement

Must Watch Video