Jurang pengalaman serta kualiti antara Malaysia dan Australia jelas jadi pemisah apabila skuad negara gagal lakar kejutan dalam saingan Kejohanan Hoki Dalam Air 'Asia-Oceania'.
Acara elit lelaki menyaksikan Malaysia ditundukkan Australia 0-13.
Walaupun tewas, namun skuad negara bagaimanapun berjaya mempamer aksi yang cukup meyakinkan dalam menghalang kebanyakan cubaan jaringan pihak lawan.
Taktikal pertahanan yang digunakan akan turut diguna pakai untuk bangkit dalam perlawanan seterusnya menentang Filipina esok.
Sementara skuad elit wanita negara dibarisi majoriti pemain baru terpaksa akur dengan kekuatan pasukan lawan yang sememangnya sudah dijangka sukar dibolosi sekaligus menyaksikan mereka turut tewas 0-17.
Berikutan fasa perlawanan menggunakan format liga sepusingan, skuad negara yang pernah meraih gangsa di Kejohanan Piala Asia 2024 ini enggan putus harapan sebaliknya optimis mampu memperbaiki corak permainan yang ditampilkan dan memburu slot ke pusingan seterusnya.
Mengakui berpuas hati dengan kemenangan besar yang diperoleh, Australia yang turun tanpa tekanan turut memuji kebolehan pasukan negara yang mempamerkan permainan berintensiti tinggi.