Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Golf 100PLUS Srixon: Connor Liew raih kejuaraan berganda, Batrisyia juara Perempuan A

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

plus_1.jpg
Connor Liew Axel Kai mengesahkan status selaku juara kategori lelaki A (BA) kejohanan golf 100PLUS Srixon Jelajah Pembangunan Malaysia Sirkit Ketiga sekaligus melakar kejuaraan berganda dalam siri jelajah ini.
 
Hari terakhir di Kelab Golf Glenmarie, (GGCC), Subang, Selangor, Connor yang bermula dengan 1 di atas par padahari terakhir nyata bergelut untuk mencatat keputusan positif susulan tiupan angin yang kuat.
 
Beliau yang juga juara Sirkit Kedua yang berlangsung di Miri, Sarawak penghujung Jun lalu, menutup hari terakhir dengan 75 pukulan 3 di atas par untuk catatan terkumpul keseluruhan 220 pukulan 4 di atas par.
 
“Pukulan pendek adalah keutamaan kerana jika tidak berjaya,saya perlu perbaikinya dan mengawal emosi pada masa yang sama.
 
“Hari ini saya agak gemuruh kerana rakan rakan bermain dengan lebih baik di sembilan lubang pertama. Saya semakin gemuruh di Sembilan lubang terakhir tetapi cuba untuk kekal tenang dan fokus pada setiap pukulan.”kata Connor.
 
Ammer Aiman Mohd Fauzi menghuni tangga kedua dengan catatan terkumpul keseluruhan 221 pukulan 4 di atas par.
 



Kategori Lelaki B (BB) diungguli Muhd Afham Othman yang menutup hari ketiga dengan catatan 224 pukulan keseluruhan 8 di atas par.
 
Sementara pertarungan melibatkan perempuan A (GA), dimenangi Nur Batrisyia Balqis Abdul Ghani yang mengesahkan status selaku juara selepas menutup hari dengan keputusan paling cemerlang 67 pukulan 5 di bawah par.
 
Catatan itu memastikan Namanya berada di kedudukan teratas dengan catatan terkumpul 211 pukulan 5 di bawah par, mengatasi Ngo Yi Belle yang gagal bermain dengan baik selepas mencatat 78 pukulan 6 di atas par.
 
Kejayaan ini nyata sesuatu yang bermakna untuk Batrisyia memandangkan ini adalah kejayaan pertamanya.
 
“Setiap pukulan saya terkawal samada di fairway, putting dan lain semuanya berada dalam keadaan terbaik. Saya berikan yang terbaik di kejohanan lain tetapi belum ada rezeki tetapi saya dapat bermain under dan dapat gelaran juara keseluruhan.
 
“Saya rasa sangat teruja kerana boleh belajar bagaimana cara permainan mereka di Grand Finale nanti.”kata Batrisyia.
 
Pengarah Libat Urus Kerajaan dan Industri Fraser & Neave Holdings Bhd, Norazrin Bin Norsyam Yee  melihat prestasi yang dipamerkan oleh pemain pemain sepanjang tiga sirkit ini nyata menunjukkan perkembangan positif dan mengharapkan pemain yang mewakili negara ke Grand Finale pada Oktober nanti memberikan tentangan sengit kepada pemain pemain dari luar negara.
 
“Bagi pihak 100PLUS kita sangat teruja dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh pemain pemain muda. CAtatan yang mereka lakukan juga menakjubkan. Tiga sirkit telah pun selesai dan kami menantikan untuk pusingan akhir di Kota Permai nenati.
 
“Bersama sama dengan Srixon, kita aka memilih pemain muda terbaik dan jadikan platform untuk mereka membuktikan permainan sebenar mereka dan bersaing dengan pemain remaja antarabangsa.
 
“Kita berharap akan ada keajaiban berlaku pada tahun ini kerana edisi lalu kebanyakkan dimenangi oleh pemain luar negara. Justeru kami berharap aka nada keputusan positif daripada pemain remaja.”kata Nurazrin 
 
Tiga sirkit dipertandingkan untuk mengenalpasti 40 pemain tersebut dimana Sirkit Pertama telah berlangsung di Kelab Golf Templer, Rawang dari 6 hingga 8 Jun lalu.
 
Manakala sirkit kedua berlangsung dari 24-26 Jun di kelab Golf Eastwood Valley,Miri, Sarawak dan sirkit ketiga pula berlangsung di kelab golf Glenmarie, Subang.
 
 

Advertisement

Must Watch Video