Skuad hoki lelaki negara mendapat tonik tambahan menjelang pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, November depan apabila muncul juara Kejohanan Jemputan Empat Negara di Terrassa, Sepanyol, hari ini.
The Malaysian Hockey Tigers dinobatkan juara selepas menamatkan kempen liga sepusingan itu dengan keputusan 3-3 dalam aksi terakhir menentang pasukan di ranking keenam dunia, England.
Sebelum ini, skuad bimbingan Roelant Oltmans itu mengejutkan Sepanyol 4-3, Khamis lalu, dan Ireland 2-1 sehari kemudian untuk mengungguli saingan dengan tujuh mata, diikuti Sepanyol dengan empat mata manakala England dan Ireland masing-masing memperoleh dua mata.
Dalam pertemuan dengan England itu, skuad negara melakukan kejutan awal apabila mendahului 2-0 seawal 10 minit pertama menerusi jaringan pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim (m-3) dan Mohammad Fitri Saari (m-9).
Bagaimanapun, England bangkit menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Sam Ward pada minit ke-24 dan jaringan Christopher Griffiths pada minit ke-34.
Skuad negara sekali lagi mendahului menerusi jaringan padang Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-54 tetapi kedudukan tersebut hanya mampu bertahan selama tiga minit apabila Phil Roper menyelamatkan maruah England dengan gol penyamaan.
Pasukan negara kini sedang menjalani siri Jelajah Eropah dengan melakukan kejutan besar selepas mengalahkan bekas juara dunia dua kali, Jerman, 4-2 di Krefeld, Jerman, 26 Julai lalu, dan tewas tipis 1-0 kepada Sepanyol.
Mereka akan meneruskan siri ujian itu dengan menentang pasukan di ranking ketiga dunia dan juara dunia tiga kali, Belanda, Selasa dan Khamis ini, diikuti dengan pasukan nombor dua dunia, Belgium, 10 dan 12 Ogos ini.
Sementara itu, Oltmans yang ditemui selepas perlawanan tersebut berkata anak buahnya gagal mempertahankan kelebihan satu gol dalam babak pertama walaupun England bermain dengan sembilan pemain selepas kapten, Adam Dixon, menerima kad hijau pada minit ke-29, diikuti kuning kad kepada Mark Gleghorne pada minit ke-39.
"Permulaan kami amat bagus dan sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol dalam tempoh tersebut. Kami menyempurnakan 67 peratus percubaan pukulan sudut penalti ,” katanya.
Bagaimanapun, dia menyifatkan keputusan tersebut adalah baik terhadap lawannya yang merupakan empat pasukan terbaik beraksi dalam Kejohanan Liga Pro.
-- BERNAMA