Jaguh renang negara, Welson Sim, mengambil keputusan menyertai tiga acara dalam Kejohanan Dunia di Gwangju, Korea Selatan bermula 21 Julai ini dengan misi melepasi had kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo secara merit.
Welson akan mencabar acara 100, 200 dan 400 meter gaya bebas, dengan keputusan itu dibuat untuk mengurangkan tekanan bagi melepasi had kelayakan temasya itu berbanding jika menyertai acara jarak jauh, 800 dan 1,500m.
Perenang kelahiran Sarawak itu akan mengetuai cabaran negara yang dibarisi lima perenang ke Gwangju.
"Saya akan beraksi dalam tiga acara di Gwangju, ia merupakan acara kegemaran dan saya sedia melakukan catatan terbaik," katanya.
Peluang terbaik Welson ialah dalam 200m gaya bebas apabila memegang rekod kebangsaan dengan catatan 1 minit 47.48 saat, ketinggalan 0.44 saat daripada had kelayakan Sukan Olimpik Tokyo.
Untuk rekod, atlet berusia 22 tahun itu beraksi dalam tiga acara di Rio 2016, iaitu 100, 200 dan 1,500m.
"Sasaran saya sentiasa mahu memecahkan rekod kebangsaan. Saya telah lama membuat persiapan bagi acara 200m dan 400m. Saya sudah bersedia beraksi dalam Kejohanan Dunia," ujarnya.