Tiada perenang Malaysia layak ke final Kejohanan Renang Dunia FINA di Gwangju, Korea Selatan hari ini.
Welson Sim gagal menyamai catatan terbaik peribadinya selepas hanya menduduki tempat ke-24 dengan catatan masa 3 minit 52.85 saat bagi acara 400 meter gaya bebas, 2.53 saat lebih lambat daripada rekod kebangsaannya, 3:50.32s, yang dilakukannya awal tahun ini.
Acara itu diungguli pemenang tiga pingat Olimpik dan juara dunia sembilan kali, Sun Yang dari China, yang mencatatkan 3:44.10s.
Seorang lagi perenang negara, Chan Jie, pula gagal layak ke separuh akhir bagi acara 50m kuak kupu-kupu, selepas mencatatkan 25.08s untuk menduduki tangga ke-54 keseluruhan.
Perenang Amerika Syarikat yang juga pemenang dua pingat emas Olimpik, Caeleb Dressel, mencatatkan masa terpantas, 22.84s.
Kuartet negara yang diwakili Welson, Chan Jie, Tern Jian Han dan Tia’a Faang Der pula menamatkan perlumbaan di tempat ke-25 keseluruhan selepas mencatatkan masa 3:29.95s bagi acara 4x100m gaya bebas.
-- BERNAMA