Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Dunia: Pesaka optimis Malaysia mampu juara di tempat sendiri

silat-pesaka.jpg
Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, optimis Malaysia mampu untuk meraih gelaran juara dalam Kejohanan Silat Dunia tahun depan selepas dipilih sebagai tuan rumah, Sabtu lalu.

Dalam pemilihan tuan rumah edisi ke-19 itu, Arab Saudi, Brunei dan Thailand turut melakukan bidaan, namun Malaysia dipilih bagi menamatkan penantian selama 12 tahun.

Setakat ini, Pesaka sudah menerima tiga tawaran daripada Pahang, Kuala Lumpur dan Sarawak, yang ingin menjadi venue penganjuran kejohanan, namun ia akan diumumkan selepas mesyuarat Pesaka, Jun ini.

"Kita tiada pilihan.

"Apabila terpilih sebagai tuan rumah, secara dasarnya, kita perlu menjadi juara. 

"Kami baru selesai menganjurkan Kejohanan Kebangsaan dan terdapat ramai juara baru.

"Ia amat membanggakan apabila kami memiliki ramai muka baru untuk diketengahkan," katanya.

Selepas dipilih sebagai tuan rumah, Megat Zulkarnain mahukan atlet negara mengambil kejayaan itu sebagai pembakar semangat bagi menghadapi Sukan SEA Filipina, November depan.

Beliau turut meluahkan meluahkan hasratnya untuk menjadikan kejohanan itu sebagai landasan terbaik bagi membawa silat ke Sukan Olimpik, satu hari nanti.

"Berdasarkan 18 edisi lalu, kejohanan ini tidak pernah mendapat perhatian.

"Kami akan melakukan pembaharuan bagi mengangkat martabat silat dan berusaha untuk membawanya ke Sukan Olimpik.

"Silat akan dipertandingkan dalam Sukan Asia China 2022 dan untuk menyaksikan perkembangan silat di negara itu, ia amat menakjubkan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video