Skuad renang negara terus 'tenggelam' tanpa seorang pun layak ke final acara masing-masing dalam Kejohanan Renang Dunia FINA di Gwangju, Korea Selatan.
Terbaharu, selepas enam hari kejohanan berlangsung di Nambu International Aquatics Centre, perenang negara, Chan Jie, juga gagal mara ke saingan seterusnya dalam acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki apabila sekadar berada di tempat keempat dalam saringan kelima.
Atlet berusia 24 tahun itu gagal mara ke pusingan separuh akhir apabila berada di kedudukan ke-38 daripada 49 perenang keseluruhan, dengan mencatatkan masa 53.85 saat.
Hanya 14 perenang terbaik layak ke pusingan separuh akhir.
Acara itu diungguli oleh pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Caeleb Dressel dari Amerika Syarikat selepas membuat 50.28s, diikuti pemenang pingat emas 200m kuak kupu-kupu lelaki kejohanan itu, Kristof Milak (51.42s) dari Hungary dan pemenang enam pingat emas Olimpik Remaja, Andrei Minakov (51.54s) dari Russia.
-- BERNAMA