Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

E-Sukan

Kejohanan Dunia M6: Kejutan berlaku, Selangor Red Giants tewas kali kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg
Hasrat juara dunia, Selangor Red Giants (SRG), memburu kemenangan kedua tidak kesampaian selepas tersungkur kepada wakil Myanmar, Falcon Esports dalam  dalam Kejohanan Dunia M6 bertemu S2G Esports, sebentar tadi.

Meskipun turun selaku pasukan pilihan, SRG memulakan permainan dengan menampilkan keyakinan apabila mendahului dengan 13 kills di IOI City Mall, Putrajaya.




Ketangkasan Falcon Esports menangani serangan SRG perlu diberi pujian selain bangkit memusnahkan kubu SRG, sekali gus melakar kejutan di hadapan penyokong tuan rumah untuk meraih kemenangan bergaya.

SRG kini perlu menang aksi seterusnya bagi menghidupkan peluang ke upper bracket kerana kekalahan ketiga akan menyingkirkan mereka daripada kejohanan tersebut.

Advertisement

Must Watch Video