Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Kejohanan Dunia: Hup Wei cipta sejarah di Doha

hup-wei.png
Atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, membuktikan bahawa keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk memilihnya beraksi dalam Kejohanan Olahraga Dunia atas tiket ‘wildcard’ adalah tepat.

Ia kerana atlet berusia 32 tahun itu berjaya mencipta sejarah menjadi atlet pertama Malaysia untuk mara ke pusingan akhir dalam kejohanan berprestij itu sejak ia diperkenalkan oleh Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) pada 1938.

Bekas pemegang rekod kebangsaan itu melakukan lompatan setinggi 2.29 meter dalam aksi Kumpulan B, pusingan kelayakan di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha malam tadi, yang juga merupakan catatan terbaik peribadinya untuk layak ke pusingan akhir.

Perkembangan terbaru itu menyaksikan juara Kejohanan Asia 2007 itu mampu kembali menjadi pemegang rekod kebangsaan dalam acara itu, apabila hanya ketinggalan 0.01m di belakang rekod kebangsaan milik rakan sepasukannya, Nauraj Singh Randhawa (2.30m).

Atlet kelahiran Selangor itu akan beraksi dalam pusingan akhir awal pagi Sabtu ini.

Malaysia hanya boleh menghantar seorang atlet secara ‘wild card’ ke kejohanan itu selepas tiada seorang pun atlet negara berjaya melepasi syarat kelayakan secara merit.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video