Kejohanan Dunia Honor of Kings 2024 di Jakarta, Indonesia memperlihatkan harapan untuk menyaksikan perlawanan akhir impian dua pasukan negara berentap merebut wang kemenangan keseluruhan RM4.3 juta semakin bersinar selepas Team Secret mengesahkan kemaraan kelompok empat pasukan terbaik susulan kemenangan mudah mengatasi Fearless Esports dari Hong Kong.
Pertembungan suku akhir pusingan penyingkiran itu berlangsung anti-klimaks, kekuatan total dimiliki barisan Team Secret untuk kemenangan straigh set.
Momentum kemenangan Team Secret itu menyuntik semangat dan api perjuangan satu lagi wakil negara, Nova Esports yang bertemu Blacklist International dari Filipina.
Dari game pertama lagi, Nova Esports berjaya mengekang Blacklist International daripada mengatur gerakan apabila bijak membaca taktik lawan.
Apatah lagi, memiliki roamer yang berkualiti, membuatkan Nova Esports kekal dalam kelas tersendiri memasuki game kedua dan ketiga.
Hasil kemenangan bersih 3-0, Nova Esports menempa perhitungan bertemu satu lagi pasukan negara, Team Secret di separuh akhir lower bracket.