Skip to main content

E-Sukan

Kejohanan Dunia Honor of Kings 2024: Dominator Esports miliki kelebihan tuan rumah, yakin tewaskan BSE

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dominator.jpg
Menjelang grand final Kejohanan Dunia Honor of Kings (HOK) 2024, pertembungan dua pasukan terbaik, Black Shrew Esports mewakili Malaysia akan berentap bertemu Dominator Esports sebagai tuan rumah bagi merebuat gelaran juara.

Keajaiban Dominator Esports melangkah ke perlawanan akhir merupakan hasil tidak berputus asa selepas menewaskan Team Secret yang mengambil masa selama dua jam pertarungan.

Sebagai sebuah pasukan bukan pilihan, Dominator Esports sedia meruntuhkan ego wakil negara demi meraih kejayaan tertinggi itu.

Di sebalik usaha keras pasukan Dominator, Ilham Al-Diqri yang memegang peranan sebagai clash lane bijak mengawal tempoh serangan di samping sedang bertahan ketika diambang kekalahan dalam aksi penentuan sebelum ini.




Walaupun baru lima bulan menceburi bidang e-sukan, Ilham kini sedang berada di kemuncak dunia dengan mempamerkan persembahan memukau menawan permainan tersebut.

"Kepercayaan kepada diri sendiri yang seharusnya mereka takutkan kerana mereka bermain di Indonesia yang menjadi kelebihan buat kami.

"Team Secret itu merupakan salah satu pasukan terhebat, jadi aksi menetang mereka adalah 50-50 dan saya sangat menghormati mereka. Permainan mereka sangat rapi seperti pemain dari China.

"Kami akan memberikan yang terbaik di grand final nanti," katanya.

Advertisement

Must Watch Video