Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Dunia Bina Badan: Status Syarul masih jadi tanda tanya

syarul.jpg
Status penyertaan atlet bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah ke Kejohanan Dunia 2022 masih lagi menjadi tanda tanya apabila juara dunia empat kali berkenaan perlu berbincang dengan persatuan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Namun, Syarul berharap impiannya untuk kembali merebut status juara dunia di Thailand 6 Disember ini menjadi kenyataan.

"Selepas Sukan SEA, saya baru sahaja pulang dari Maldives bagi saingan Kejohanan Asia di mana saya memperoleh tempat ketiga. Jadi bagi saingan Kejohanan Dunia, saya masih lagi belum membuat keputusan untuk beraksi di sana nanti," kata Syarul.

"Saya akan berbincang dengan pihak persatuan terlebih dahulu. Dengan industri kembali berjalan seperti biasa, saya berharap dapat menjalankan persiapan dengan lebih baik."

Advertisement

Must Watch Video