Skip to main content

Bola Keranjang

Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan B-17 medan terbaik cungkil bakat baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sim-sin.png
Pengerusi Teknikal Pertandingan, Sim Sin Heng, percaya Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan B-17 yang memasuki edisi ke-58 akan menjadi platform terbaik buat Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) mencungkil bakat-bakat baru pada 25 Mei hingga 2 Jun depan di Stadium MABA, Kuala Lumpur.

Dia yang juga Setiausaha Agung Maba mengesahkan sebanyak 20 pasukan bakal berentap dalam kategori lelaki manakala kategori wanita menyaksikan sebanyak 15 buah pasukan bakal merebut gelaran juara.

"Sebanyak 23 pasukan telah mendaftar untuk bertanding malangnya kita hanya boleh menerima 20 pasukan sahaja.

"Oleh itu kami adakan pusingan kelayakan tiga hari lepas dan empat pasukan telah layak bertanding dengan pasukan lain dalam kategori lelaki.

"Jumlah sudah meningkat, saya percaya bila ada penambahan maka mutu akan meningkat." katanya.

Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad B-17 tahun wanita Selangor, Tan Ee Shya, mengakui tugas berat menanti pasukannya yang akan turun dengan misi mempertahankan kejuaraan apabila mempertaruhkan sebilangan besar muka baru.

Dia percaya anak buahnya sudah bersedia untuk memulakan saingan tahun ini dan tidak mustahil status juara kekal menjadi milik selangor.

"Kerana tahun ini sedikit berbeza, terdapat enam pemain dalam suku pertama menjadikan jumlahnya 12 pemain.

"Secara asasnya kami memerlukan banyak pasukan tetapi malangnya kami hanya mempunyai 12 pasukan buat masa ini." katanya.

Advertisement

Must Watch Video